林禎寧
林禎寧

Digital Forensic & Infosec 🧙‍♂️プリースト(神官)/🧝‍♂️Linux Elf. Tokusatsu/FairyTail/JP&HK Drama/Diabolo🤹‍♂️/Reading 📖/Board Game/TRPG.🚩DF-Sec Influencer/Digital Nomad.

LikeCoin 2019 年度報告 - 馬來文版 (Laporan Tahunan LikeCoin 2019)

TL;DR

Pada tahun 2019, kami melancarkan

  • LikeCoin chain, untuk memberi kuasa kepada
  • Liker Land Republic .
  • Dalam republik ini, terdapat
  • 1000+ Civic Likers, iaitu 2.5% daripada
  • 40,000+ Likers, telah memberi ganjaran sebanyak
  • 22 juta+ LikeCoin (USD130k) kepada
  • 150,000+ isi kandungan yang dihasilkan oleh
  • 4000+ pencipta di
  • 700+ media.

[ Indeks:Q1 Q2 Q3 Q4 ]


Suku #1 (Jan. — Mac)

2019.01.01 — Civic Liker beta

Kami melancarkan kempen Civic Liker fasa pertama untuk orang yang mempercayakan perkara ini dan penyokong kandungan kreatif.

2019.02.01 — Tahun Baru Cina Civic Liker Ganjaran Program

30,000 LikeCoin diedarkan pada setiap hari untuk memberi ganjaran isi kandungan.

2019.03.15 — Menerbitkan versi pertama LikeCoin chain, KaiTak

Menubuhkan pambangunan teknologi dalam langkah pertama untuk mencari penyelesaian berskala kepada token LikeCoin dan malancarkan KaiTak.

2019. 03 — Disenaraikan di BitAsset

Disenaraikan di BitAsset dengan pasangan perdagangan LIKE / BTC.

Q1 Acara dan Perjumpaan:


Quarter #2 (April — Jun)

2019.04 — Melancarkan Liker Land (Web)

Liker Land berfungsi sebagai laman web untuk melayari artikel yang telah mengaktifkan butang LikeCoin. Liker Land dilengkapi degan penanda buku, berikut dan fungsi artikel yang dipaparkan. Selain itu, Liker Land juga merupakan halaman langgan untuk ahli baru menyertai kempan Civic Liker.

2019.05.11 — Sidang Kemuncak Global Creative Commons

Sebagai penyokong model perniagaan terbuka bagi kandungan kreatif, kami memperkenalkan gerakan Civic Liker ke dunia dalam Sidang Kemuncak Global Creative Commons di Lisbon, dengan topik Civic Liker — pergerakan yang memberi ganjaran kepada isi kandungan berlesen CC dengan bajet bulanan.

2019.05.21 — Civic Liker public launch

Dengan kejayaan beta Civic Liker dalam Q1, kami teleh mengumpulkan semua maklum balas pengguna dan menerbitkan Civic Liker kepada orang awam.

Civic Liker — Perdagangan kopi untuk dunia yang lebih baik

2019.05 — Perkongsian dengan 4 platform media

Dengan pelancaran Civic Liker, kami juga mengumumkan perkongsian dengan InmediaHKStandnewsHKCNews, dan Matters. Artikel dalam 4 penerbitan mempunyai butang LikeCoin dan disokong oleh Civic Liker.

2019.06.04 — Menyertai Program Pemaju # 18 & Hari Demo

Menyertai ekosistem AppWorks. Memperoleh akses kepada mentor dan rangkaian alumni AppWorks. Menerima sehingga $300K untuk cloud yang percuma dan kredit SaaS, penggunaan percuma untuk AppWorks Accelerator, pertemuan, dan ruang acara.

Penjelasan Civic Liker dalam 5 Minit — Pelinding Yayasan Civic Liker Kin Ko — Hari demo Appworks #18

Q2 — Acara dan Perjumpaan:

Quarter #3 (July — Sept.)

2019. 07 — Pasangan dagangan tambahan pada BitAsset

Menambah pasangan dagangan baru, LIKE / TWD pada BitAsset.

2019.07 — Disenaraikan di MyETHShop

Pasangan perdagangan LIKE / HKD boleh didapati di MyETHShop.

2019. 07 — Seoul Cosmos HackAtom — Penghormatan yang Mulia

Kami menyertai Cosmos HackAtom pertama dan menerima penghormatan yang mulia. Membina modul langganan supaya LikeCoin boleh menggunakan Cosmos SDK selepas berpindah dari blokchain Ethereum. Di samping itu, kami juga membina sambungan penyemak imbas untuk membolehkan penggunaan Cosmos SDK berasaskan LikeCoin. (GitHub)

William, Chung dan Kin membentuk Pasukan Civic Liker di Seoul Cosmos Hackathon


2019.09 — WordCamp HK

Menaja dan menyertai dalam WordCamp HK sebagai penceramah, selepas 2010, acara itu akhirnya kembali ke HK. Jumlah laman web WordPress yang teleh memasang plugin LikeCoin teleh mencapai 500.

2019.08 — i612 Dingding Lennon Wall di Blockchain

Delivered a side project i612 that enable users to upload images to IPFS and its metadata to the Ethereum network. In response to the social idea of putting creative content on Blockchain.

Memberi projek sampingan iaitu i612 yang membolehkan pengguna memuat naik imej ke IPFS dan metadatanya ke rangkaian Ethereum. Perkara ini sebagai tindakan balas kepada idea sosial untuk meletakkan isi kandungan kreatif di Blockchain.

2019.08 — COSCUP 2019

Menyampaikan ucapan yang bertajuk : Bagaimana kita membangun Rantaian LikeCoin dengan menggunakan Cosmos SDK.

2019.09 — Melancarkan ujian rangkaian untuk LikeCoin chain , Taipei

Melancarkan ujian rangkaian untuk LikeCoin chain. Ia ialah versi terakhir yang paling hampir dengan rantaian LikeCoin yang baru berdasarkan Cosmos SDK (GitHub). Ia membenarkan kami menguji dan debug dalam persekitaran pengeluaran yang sebenar sebelum pelancaran rasmi.

2019.09 — Mengeluarkan Fungs baru

Pengguna yang dibenarkan untuk menerima LikeCoin dan semak baki LikeCoin tanpa mengikat dompet crypto.

Q3 — Acara dan Perjumpaan:

Quarter #4 (Oktober— Disember)

2019.10 — Perkongsian LikeCoin x Matters

Selepas hampir satu tahun perancangan, kami melancarkan perkongsian utama pertama dengan Matters dan menjadikan protokol LikeCoin bersepadu sepenuhnya kepada platform tersebut. Semua pencipta isi kandungan di Matters diberikan ID dan dompet yang sama. Tindakan ini menjana 3200 pengguna baru dan pendaftaran baru berkembang semakin pesat pada setiap bulan. Hal ini merupakan langkah pertama dan pengalaman yang penting untuk mendorong integrasi masa depan dengan platform lain.

2019.11 — Perjumpaan Matters x LikeCoin Taipei

Mengadakan pertemuan masyarakat selama setengah hari tentang mengenai perkongsian strategik dengan Matters. Ahli komuniti telah menulis recap yang hebat.

2019.11.15 — Genesis of LikeCoin Chain SheungWan

Dengan banyak percubaan dan kesilapan sepanjang tahun ini, dan dengan pelancaran testnet Taipei yang berjaya pada bulan Oktober, kami melancarkan rantaian LikeCoin asal kami, codename SheungWan pada 15 Nov 2019 berdasarkan Cosmos SDK. Validator dan rakan kongsi teknologi dalam fasa pertama ini termasuk ForboleEnykOurSkyUDomainGLOsNTUTStandnewsCulture & Media Education FundHong Kong Creative Open Technology Association dan Matters (GitHub). Data rantaian LikeCoin boleh dilayari di Big Dipper.

Block Explorer di Big Dipper

2019.11.25 — Liker Land mobile app

Melancarkan beta app, Liker Land, dikuasakan oleh AuthcoreAuthcore menyediakan tahap pengesahan yang mudah untuk orang awam dan pengurusan kunci persendirian untuk membantu pengangkatan blockchain. Lebih daripada 3k + Muat turun dari App Store dan Google Play sejak rancangan dilancarkan.


2019.11 — DAO: Republik Liker Land

Republik Liker Land, sehingga 2019.12.31

2019.11 — Perjumpaan Kumuniti Validators

Mesyuarat komuniti yang dihoskan oleh validator rantai LikeCoin kami. Hadiran termasuk D Forbole, Udomain, Culture & Media Education Fund, Hong Kong Creative Open Technology Association, Oursky, Enyk, dan Matters Lab. Minit mesyuarat boleh didapati di IPFS.

2019.12 — Civic Liker teleh mencapai 1k+ langganan

Kami teleh mencapai 1k + langganan Civic Liker aktif melalui kempen rujukan Krismas menjelang akhir tahun 2019. Terima kasih atas sokongan anda yang berterusan dan inilah merupakan permulaan kami sahaja.

Q4 — Acara dan Perjumpaan:



Indeks:Q1 Q2 Q3 Q4 ]


# Diterjemahkan oleh bluebear119

# Semak LikeCoin laporan tahunan 2017 dan 2018 untuk melihat bagaimanakah LikeCoin bermula dalam tempat pertama.

CC BY-NC-ND 2.0 版权声明

喜欢我的文章吗?
别忘了给点支持与赞赏,让我知道创作的路上有你陪伴。

加载中…

发布评论